Dalam kehidupan ini apa sebenarnya yang kita cari? Wang, Nama, Gelaran, Kuasa, pangkat, puji-pujian, atau apa sebenarnya.
Ramai manusia telah tewas, kecewa kerana pencariannya itu.Ramai sampai mati pun tak dapat mengenggam apa yang diburu. Orang bergaji RM2000.00 mengejar gaji RM 3000.00. Bila dah capai RM3000.00 ,mereka kejar pula RM 6000.00. Orang berpangkat kecil kejar pangkat gred 2.Dah dapat gred 2 kejar pula gred 3. Begitulah manusia lain yang hidupnya dalan pencarian yang tidak berkesudahan namun hidupnya tertipu dengan cita-cita kosongnya itu. Bill Gate sendiri masih mencari wang, sedangkan wang boleh diguna untuk beli Malaysia ini. Tak habis makan.
Sesungguhnya berbahagialah mereka yang mencari keredhaan Allah swt.Walaupun mereka tidak punya wang yang cukup.Walaupun dia tak punya handphone langsung. Walaupun dia tiada pangkat.Tetapi cukuplah pangkat yang diberi oleh Allah swt kerana ketaqwaannya. Ketaqwaan itu tidak boleh dibeli dengan wangnya bill Gate.
Sukarnya mencari taqwa dalam kehidupan sistem sekular ini. Simpan wang di bank diberinya riba’.Nak beli kereta baru kena pinjaman riba’.Nak pergi haji,pinjaman ada riba’ yang dijenamakan denan kadar keuntungan. Hantar anak sekolah diajarnya pergaulan bebas,diajarnya kebaikan sistem Demokrasi,diajarnya bersukan buka aurat, diajarnya menyertai pertandingan yang ada pertaruhan- siapa menang dapat hadiah,yang kalah hilang wang yuran.