Hari ini,18 Julai 2007 Johor Bahru telah digemparkan dengan kejadian ribut yang menerbangkan bumbung rumah teres dan flat. Pokok-pokok tumbang.
Sama ada sedar atau tidak, sebenarnya dunia kini semakin banyak menyaksikan berbagai bencana alam. Sengaja Allah swt pertontonkan dan rasakan pada sebahagian manusia. Berapa ramai yang menjadikan kejadian itu sebagai titik tolak untuk menghadap Ilahi.Sujud, rukuk, tunduk hanya pada tuhan pencipta semesta alam. Paling ramai membuat kesimpulan itu adalah fenomena alam, alnino, perubahan cuaca dan berbagai alasan kedai kopi dan saintifik.
Mereka lupa pesanan junjungan besar kita, diakhir zaman bumi ini akan dilanda dengan banyaknya bencana alam. Adat manusia selagi belum nazak, mereka tidak perlu risau. Alasannya tuhankan maha pengasih,tak tak ampunkan kita nanti. Inilah pandangan yang mengelirukan kita.kita pelu berubah,kembali kepada asas aqidah Islam dengan berpandu Al-quran dan hadist.